Sunday, August 25, 2013

Hi apa khabar,
Lama dah tak tulis apa-apa kat blog ni. Well to update uals semua, i dah beli apartment sendiri di sepang. Yelah dah kerja di Putrajaya..of course kena lah beli rumah yang dekat sikit. Apartment tu cukup untuk kehidupan aku yang simple ni. boleh beli rumah teres dua tingkat..tapi ... how much space do i need for myself. My mum pun datang dari Sarawak sekali-sekala. So cukup rumah untuk aku. Berpeluh jugak la sekiranya aku mengemas. Setiap bilik lengkap dengan perabot. (sekiranya kengkawan atau family datang untuk bermalam). Nanti la aku belikan satu lagi rumah di Kuching nanti. 

Sejak single ni cam dah malas nak fikir pasal cinta la....hubungan la....yang i fokus sekarang nak memperbaiki hubungan aku dengan yang Maha Esa. Rasanya agak jauh sudah aku menyimpang dari ajaran Nya..tapi aku mahu kembali ke pangkal jalan. Allah sayangkan umatNya tapi kita ini yang kekadang lupa akan dia. Rezeki dan ajal di tangan yang Maha Esa....tu kita kena ingat.

Kepada orang yang pernah disamping ku dulu... ku ucapkan selamat maju jaya dalam hidup. Semua yang kita lalu bersama dulu..akan tetap ku simpan dalam ingatan. Rasanya cukup la sekali aku mengalami peristiwa sebegitu sebab amat pedih bila berpisah. aku cuma harap di masa depan kita boleh menjadi sekadar kawan. Pada usia yang semakin senja ni....aku tidak ingin berdendam dengan sesiapa. Untuk itu aku mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya aku membuat salah. halalkan makan minum ku bila kita bersama dulu. 

Time to move on dan fokus kepada kerja dan juga kesihatan ku. semoga aku dapat mencapai apa yang aku impikan selama ini. Amin dan Insyallah





No comments: